TOURNAMENT FC25

TOURNAMENT FC25 DESEMBER

Assalammualaikum dan hi korang. Berjumpa lagi ya untuk Event kali iaitu Tournament FC25 Edisi Desember 2024. Fuhhh kali ni admin agak penat lah kan urus kan event kali. Ramai wooo kali ni peserta yang hadir.

Seramai 32 peserta datang untuk bertanding untuk Event kali ini. Dari Tengah hari sampai lah ke malam event ini berlangsung. Banyak penat dan banyak juga benda best yang admin alami. Jom admimn citer kan apa yang berlaku. (Budak kapla ada datangg woooo~~!).

Event Bermula

Okey untuk event Tournament FC25 Desember kali ni admin bagi je korang LINK untuk tengok dan perhatikan CARTA setiap peserta yang hadir untuk bertanding. Ohh yaa, admin lupa nak bagitau ada satu peserta tu Wakil sehingga ke peringkat Antarabangsa dalam EA FC 25 ni. Dan ada juga budak Kapla High Council datang join Tournament FC25 Desember untuk kali ini. Jom admin citer apa yang jadi.

Ini link untuk korang tengok dan perhatikan skor yang telah di lakukan setiap peserta.

=> https://challonge.com/wmvttreb <=

 

Event Tournament FC25 Desember kali ini membawa 32 orang peserta untuk bertanding. Sekali gus ada 8 Group untuk peringkat pertama iaitu GROUP STAGE. Setiap peserta dapat bermain sebanyak 3 kali dan wajib menang sekurang-kurangnya 2 kali dalam peringkat Group Stage ini.

Peringkat Group Stage bermula dari pukul 2.40 p.m sehingga 6.40 p.m. Uiishh lama tu geng tuk habiskan Group Stage ni. Tapi sayang nya terdapat 4 peserta tidak dapat hadir atau lewat untuk hadir dan pihak GamesOutlets terpaksa singkirkan mereka dari perlawanan. Jadi event berlangsung seperti biasa walaupun ada ura-ura mengatakan 4 orang tidak hadir boleh memberi impak besar kepada event ini. Alhamdulillah dengan izin Allah Event Tournament FC25 Desember ini berjalan lancar sehingga ke penghujungnya.

TOURNAMENT FC25 DESEMBER

High Council Join Tournament?

Haaa nampak tak~! Admin dah kata budak-budak Kapla datang join tournament tuuu~! Hahaha admin gurau je. Salah seorang peserta Tournament FC25 Desember ada muka iras-iras Pelakon dari cerita “Project: High Council” iaitu Fadhli Masoot. Itu je admin nak bagitau. Tapi admin sokong dia ni dari awal sampai akhir. Boleh tahan pro dia ni. Uisshh padu.

Final Stage Tournament

Okei korang pon dah tahu siapa yang akan jadi Juara dalam event kali ini. Yelah kan sebab ada wakil peringkat Antarabangsa tuu~~! Dengan mudah nya peserta ini menewaskan pihak lawan nya dengan adanya taktik, tenang, dan keyakinan. Haaa paduu admin bagi tuuu.

Tanpa lengah masa admin belanja korang gambar dan video apa yang terjadi di Event Tournament FC25 Desember kali ini. Admin dah siap-siap buatkan korang video pendek tau. Fuhhh payah nak edit bagi cantik-cantik tau. Kat bawah admin lanje korang gambar dari Event Tournament FC25 Desember. Terima kasih atas sokongan korang yang padu.