TOURNAMENT FC25

TOURNAMENT FC25 MAY 2025

3RD RUNNER UP

GAMESOUTLETS
Dhiauddin Bin Zakaria

CHAMPION

GAMESOUTLETS
Saiful Muqit Bin Saiful Bahri

2ND RUNNER UP

GAMESOUTLETS
Muhammad Farish Irfan Bin Abu Bakar
⚽🔥 FC25 Tournament Edisi Mei 2025 – Game Panas, Crowd Lagi Panas! 🎮

Pada 24 Mei 2025, suasana di Game Outlets bertukar jadi stadium mini virtual bila sekumpulan gamer dari seluruh Johor Bahru dan sekitarnya berkumpul untuk menyertai Tournament FC25. Dari awal pagi, tempat dah mula meriah dengan kehadiran pemain, penonton dan peminat FC25 yang tak sabar nak saksikan siapa bakal bergelar juara.

Acara ni bukan sekadar pertandingan – ia jadi tempat pertemuan komuniti, penuh dengan semangat persahabatan, saingan sihat dan energy level yang luar biasa tinggi sepanjang hari.

🎮 Dari Gamer Biasa ke Pahlawan Virtual

Tak kira kau budak sekolah, abang kerja shift malam, atau streamer tegar – selagi berumur 15 tahun ke atas, dengan yuran RM30 sahaja, kau dah boleh join. Ramai yang datang dengan mindset “just for fun”, tapi bila dah mula game – serious mode ON. Controller genggam ketat, mata fokus, crowd pun terus hidup bagi semangat.

Dalam video montage yang kami sediakan (korang kena tengok!), memang jelas betapa serius dan seronoknya suasana tu. Ada part lawak, ada part menegangkan bila penalti, dan paling best – moment goal clutch last minute!

🏆 Hadiah Lumayan, Tapi Yang Lagi Bernilai? Pengalaman!~~

Of course, semua nak menang. Dan hadiah dia memang masyuk:

🥇 Tempat PertamaRM300 + hamper

🥈 Tempat KeduaVoucher RM100 + hamper

🥉 Tempat KetigaVoucher RM50 + hamper

Tapi kalau tanya peserta, ramai setuju benda paling best sebenarnya ialah pengalaman tu sendiri. Ramai yang tak sangka boleh sampai ke quarter-final, ada yang baru masuk tournament pertama dalam hidup. Yang penting semua enjoy dan dapat rasa suasana kompetitif yang sihat.

🎥 Tengok Sendiri Vibe Hari Tu

Video montage yang kami hasilkan ni bukan sekadar rakaman – ia kenangan. Dalam video tu, korang boleh tengok sendiri:

  • Gameplay mantap dari peserta

  • Gelak tawa & aksi spontan peserta

Kalau korang tak dapat hadir, ini lah peluang korang “turun padang” secara visual.

🚨 Jangan Lepaskan Next Tournament!

Kalau korang terlepas edisi kali ni, jangan risau – akan ada edisi seterusnya! So pastikan korang:

✅ Latih skil FC25
✅ Siapkan controller (dan backup controller 😅)
✅ Follow page Game Outlets untuk info terbaru

Sebab siapa tahu, edisi akan datang, nama korang pulak terpampang sebagai juara!

Terjah-terjah Moment~~