Assalammualaikum warga GamesOutlets, ya pada bulan November 2024 kami ada mengadakan Tournament FC 25 secara berkumpulan. Nampak tak peserta-peserta yang telah hadirkan diri untuk berlawan.
Muka semua penuh dengan gagah dan serius untuk memenangi hadiah yang lumayan. Okei jom kita layan satu-persatu acara yang kami anjurkan ni.
Group Stage
Okei geng TOURNAMENT FC25 ni kami buat pada 29 November 2024. Kiranya bulan lepas dari post ini dibuat. Mesti tertanya kan ramai ke datang? Fuhhh semestinya ramai yang hadir tuk menyaksikan perlawanan jaguh-jaguh kampung.
Korang boleh tengok carta yang ada untuk peserta-peserta kali ini. Cukup gah semua nama-nama nya tu. Dan admin ada bau-bau kemenangan dari dorang ni. Haha memang lah ada yang akan menang kan.
Ada 4 Group untuk Tournament FC 25 ini. Jumlah peserta semua ada 16 orang. Dan setiap peserta dapat bermain sebanyak 3 kali dalam Group Stage.
Setiap Group hanya 2 peserta sahaja yang akan layak ke Final Stage. Jadi setiap peserta perlu dapat kan Skor Mata + Menang untuk melayakkan diri ke Final Stage. Mudah je ni geng untuk layakkan ke Final Stage. Hehe
Final Stage
Nampak nya sudah ke Final Stage untuk TOURNAMENT FC25 yang kita tunggu-tunggu kan ni. Korang pon dah boleh nampak dari gambar carta Admin bagi diatas siapa layak ke Final Stage kan. Ini hasil dia geng Carta Final Stage.
Okei jom admin belanja gambar dan video suasana TOURNAMENT FC25 semasa peringkat final. Enjoy~!